MAJALAH
MAJALAH JUADAH KENYALANG (2021)
Sinopsis:
“JUADAH KENYALANG” adalah sebuah rancangan majalah yang berkonsepkan Travelog. Rancangan ini akan mengenengahkan beberapa masakan atau sajian tempatan Sarawak dengan pelbagai resipi moden, tradisional /fusion yang tidak terdapat di negeri-negeri lain ataupun dengan cara masakan yang berbeza. Rancangan ini akan dihoskan oleh seorang selebriti jemputan selaku pengacara kesemua episod rancangan ini.
Setiap episod rancangan akan membawa kita ke tempat-tempat yang berlainan di Sarawak dengan masakan atau sajian istimewa tempatan yang berlainan mengikut adat dan budaya tersendiri. Kita akan melihat berbagai-bagai jenis masakan atau sajian penduduk tempatan dengan resipi-resipi mereka, bagaimana cara mereka memasak dan sebagainya. Dengan ini juga, kita dapat menikmati keenakan serta keunikan masakan atau sajian di sesuatu tempat. Kita juga berpeluang untuk mengetahui adat resam, budaya, sosio economi, cara kehidupan penduduk dan sejarah di setiap tempat.