EXTREME GAME SHOW (NATURE XCO & DOWNHILL MTB CIRCUIT) – TVS
Sinopsis:
Merupakan sebuah program pertandingan sukan basikal lasak (13episod x 30min) yang dianjurkan oleh Broad Vision Solution Sdn.Bhd dengan kerjasama Persatuan Basikal Sarawak dan Sarawak Sports Cooperation bersama Kerajaan Negeri Sarawak. Pertandingan diadakan secara circuit 1 sehingga circuit 5 bagi kategori XCO dan Downhill. Perlumba-perlumba yang terlibat adalah terdiri dari belia-belia serta perlumba profesional yang mahir dalam sukan lasak dalam pelbagai kategori umur yang dipertandingkan. Venue pertandingan akan memaparkan konsep alam semulajadi dan venue perlancongan di Negeri Sarawak. Penglibatan semua pihak dalam program ini akan diketengahkan melalui pelbagai aspek sebelum dan selepas pertandingan dijalankan. Temuramah serta maklumbalas merupakan segemen tambahan sebagai tambah nilai kualiti program yang dipersembahkan.
Tarikh Siaran : Bermula 11hb September 2022 setiap hari Ahad jam 6:30 petang
Siaran Ulangan : Setiap hari Rabu jam 2:30 petang
Saluran : ASTRO #122