MAJALAH
TEROKAI BORNEO (2021)
Sinopsis:
Sebuah majalah yang berkonsepkan “Travelogue” yang akan menerokai keindahan serta keunikan sarawak dengan kepelbagaian budaya, bangsa, agama dan sejarahnya yang tersendiri.
Sarawak, ataupun lebih dikenali sebagai bumi kenyalang adalah negeri terbesar di malaysia yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah, kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Selain itu, flora dan fauna di sarawak juga sangat mengagumkan. Keindahan bukit bukau, air sungai mengalir tenang semuanya menjadikan sarawak sebagai destinasi pelancongan terbaik dan destinasi percutian pilihan.
Pengacara rancangan akan membawa kita untuk menerokai destinasi percutian di sarawak. Kita akan menjelajah ke tempat-tempat menarik dan merasai keunikan sarawak yang penuh dengan budaya dan pelbagai suku kaum etnik.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di destinasi pelancongan, pelbagai menu makanan tempatan akan turut dicuba dan dirasai sambil kita meneroka keindahan alam semulajadi sarawak.